CADANGAN PROSEDUR KERJA PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL 2011

Posted by Ketua Panitia Pendidikan Moral SMK SYP1 2010/2011


CADANGAN PROSEDUR KERJA
PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL 2011

Bil
Masa
Aktiviti
Catatan
1
27 Jan
Taklimat oleh Ketua Pentaksir Negeri (KPN) kepada Ketua Pentaksir Kawasan (KPKW) dan Ketua Pentaksir Sekolah (KPS) untuk penghasilan kerja kursus oleh pelajar.

2
28-30 Jan
Mesyuarat Jawatankuasa Pentaksir Sekolah dan lantikkan untuk penilai kerja kursus sekolah bagi tahun 2011.

3
1-10 Feb
Penyerahan borang yang berkaitan kepada Pentaksir Sekolah iaitu Borang Sahsiah dan Iltizam serta borang-borang lain yang berkaitan dengannya untuk tindakan Pentaksir Sekolah masing-masing.

4
11 Feb
Taklimat kepada semua calon Tingkatan 4 dan 5 oleh Ketua Pentaksir Sekolah.

5
Feb - Jun
Pengumpulan bahan dan tugasan secara bersistematik oleh Pentaksir Sekolah yang telah dilantik iaitu meliputi kerja amal dan tugasan harian pelajar.

6
Feb - Julai
Pemantauan sahsiah pelajar atau calon Pentaksir Sekolah berdasarkan borang yang dibekalkan mengikut bulan yang ditentukan sebanyak empat (4) kali dalam setahun.

7
1-21 Julai
Tugasan (kerja amal dan laporan sahsiah) disatukan dan dijadikan folio yang lengkap untuk serahan kepada Pentaksir Sekolah.

8
21-30 Julai
Pentaksir Sekolah mengumpul dan menyatukan markah calon untuk dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan untuk online markah ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

9
Ogos-Sept
Pentaksir Sekolah hendaklah menyediakan sijil untuk setiap calon dengan melengkapkan skor untuk laporan sahsiah dan iltizam bagi setiap calon untuk diserahkan kepada Ketua Pentaksir Sekolah.

10
Okt-Nov
Sijil hendaklah diserahkan kepada Pengetua oleh Ketua Pentaksir Sekolah untuk ditandatangani dan disimpan.

11
2012
Sijil diserahkan kepada calon semasa calon datang mengambil keputusan peperiksaan SPM.











PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Perlu ada 3 Fail Utama.

1.      FAIL PELAJAR.
·         Simpan bahan-bahan yang disediakan oleh calon sejak Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.
·         Tugasan Harian. Dua (2) di Tingkatan 4 dan dua (2) di Tingkatan 5.
·         Kerja Amal. Dua (2) di Tingkatan 4 dan dua (2) di Tingkatan 5.
·         Lapan (8) tugasan setelah lengkap ( empat (4) tugasan harian dan empat (4) kerja amal dari tiga (3) bidang iaitu:
-          (1) perkembangan diri.
-          (1) kekeluargaan.
-          (2) bidang alam sekitar.


2.      FAIL GURU.
·         Menyimpan borang markah sahsiah calon bagi Tingkatan 4 dan 5.
·         Menyimpan borang markah folio mengikut format pentaksiran LPM bagi calon Tingkatan 4 dan 5.
·         Menyimpan borang markah keseluruhan gred untuk sahsiah dan folio calon.
·         Guru pentaksir perlu mengeluarkan sijil di peringkat sekolah hasil daripada gred kerja kursus tersebut.
·         Markah calon perlu online ke LPM.


3.      FAIL INDUK (PENGURUSAN KERJA KURSUS).
·         Surat Pekeliling dari LPM.
·         Buku Panduan PBS.
·         Surat lantikan Ketua Pentaksir Sekolah dan Pentaksir Sekolah.
·         Surat pemberitahuan ibubapa pelaksanaan kerja kursus.
·         Prosedur kerja kursus.
·         Jadual pelaksanaan kerja kursus dalam bentuk carta gantt.
·         Carta organisasi pengurusan kerja kursus peringkat sekolah.
·         Borang-borang berkaitan dengan pentaksiran kerja kursus.
·         Lain-lain bahan yang berkaitan kerja kursus/ pentaksiran.





CONTOH SURAT KEPADA IBUBAPA/ PENJAGA.
                                                                                                                                Rujukan Kami: SMKCE 05/01/025
                                                                                                                                Tarikh             :  3 Januari 2011.
Yang Dihormati,
Ibubapa/ Penjaga Pelajar Tingkatan 4 dan 5,
SMK. Chabang Empat,
16210 Tumpat, Kelantan.

Tuan/ Puan

KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN SEKOLAH SPM 2011.

Perkara tersebut di atas adalah berkaitan dan dirujuk.

2.            Adalah dimaklumkan bahawa Kerja Kursus Pendidikan Moral telah dilaksanakan di sekolah bagi calon SPM bermula tahun 2004.

3         Ujian tersebut dilaksanakan seperti berikut:
-          Tingkatan 5 mulai Februari hingga Julai (kerja amal dan tugasan harian)
-          Tingkatan 4 mulai Februari hingga Ogos (kerja amal dan tugasan harian)

4        Untuk makluman tuan/puan, ujian tersebut akan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran anak jagaan tuan/puan yang berperanan sebagai pentaksir. Pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan agar dapat memastikan anak jagaan tuan/puan dapat menyiapkan kerja kursus tersebut dalam jangka masa yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,


................................................
(                                                         )
Pengetua,
SMK. Chabang Empat,
16210 Tumpat, Kelantan.

s.k:
1. Ketua Pentaksir Kawasan.
2. Ketua Pentaksir Sekolah.
3. Penyelaras Kerja Kursus.
4. Pentaksir.
5. Guru Tingkatan.
CONTOH SURAT PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PENTAKSIR SEKOLAH.



Rujukan Kami: SMKCE 05/01/025(01)
                                                                                                                                Tarikh             : 6hb. Jan 2011.


CIK AHRI A/P MENGANG
720620-03-5526


PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PENTAKSIR SEKOLAH.

Perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2              Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai Pentaksir Kerja Kursus Pendidikan Moral bagi tahun 2011.

3              Pihak sekolah amat berbesar hati di atas kesudian tuan/puan menerima pelantikan ini. Semoga tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,


..............................................
(HJH. NIK HASNAH BT. NIK LI)
Pengetua,
SMK. Chabang Empat,
16210 Tumpat, Kelantan.





s.k:
1. Ketua Pentaksir Kawasan.
2. Ketua Pentaksir Sekolah.
3. Pentaksir.
4. Fail.

0 comments:

Post a Comment