Contoh Skrip Jawapan

Posted by Ketua Panitia Pendidikan Moral SMK SYP1 2010/2011

CUBA BANDINGKAN CARA CIKGU MENJAWAB. 

Pelajar harus ambil perhatian bahawa penandaan kertas 1225/1 adalah amat teliti. Bagaimana pun, jika pelajar kurang mahir berbahasa Melayu, jangan bimbang dengan struktur ayat dan tatabahasa anda; selagi pemeriksa faham maksud pelajar, dan jawapannya adalah betul... pelajar selamat.




Klik untuk baca soalan


1 a)
Karektormasyarakat
Isumengelakkan berlakunya penganiayaan
Nilai: Melindungi hak kanak-kanak , kasih sayang


i. Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak.Mereka patut Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna untukmengelakkan berlakunya penganiayaan.


ii. Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patutada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan.


1 b)
i. Mereka pemimpin masa hadapan
ii. Mereka belum mampu melindungi diri sendiri


c)
Saya akan meminta ibu saya menghantar kanak-kanak tersebut ke rumah perlindungan kanan-kanak. Ini kerana di sana kanak-kanak tersebut akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang sewajarnya. 



Klik untuk baca soalan
2 a)
KarektorMasyarakat
Isuprihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna
Nilai: Melindungi hak pengguna


Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna.Mereka patut membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna.


2 b)
i. Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP)
ii. Tribunal tuntutan pengguna
iii. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna

2 c)
Saya akan menganjurkan bengkel pengguna dengan cara memanggil penceramah dari luar. Ini supaya kami dapat pengetahuan terperinci tentang hak-hak kami sebagai pengguna. 




Klik untuk baca soalan

3 a)
i. Kebebasan beragama
ii. Hidup bersama secara aman
iii. Mengekalkan tradisi kekeluargaan

3 b)

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

3 c)

Saya akan memakai pakaian tradisi setiap kali menyambut hari perayaan kami. Ini supaya pakaian tradisi kami akan dapat dikekalkan.


3 d)

i. kaum Cina
ii. kaum Melayu
iii. kaum India 







Klik untuk baca soalan
4 a)

i. Nilai cinta akan negara
ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara


4 b)

i. Kami adalah rakyat Malaysia yang ikhlas berjuang untuk negara. Kami tidak akan meminta ganjaran di atas perjuangan kami kerana semuanya adalah untuk negara kami yang tercinta.

ii. Kami sentiasa bersedia berkorban harta, masa ataupun nyawa untuk negara pada bila-bila masa. Pengorbanan kami ini adalah semata-mata untuk ibu pertiwi yang kami cintai ini.


4 c)

i. Pelajar Malaysia pulang berkhidmat di negara sendiri walaupun mendapat tawaran gaji yang lumayan daripada negara luar. Ini kerana negara negara sangat memerlukan tenaga pakar mereka.

ii. Rakyat malaysia mematuhi semua peraturan dan undang-undang negara. Contohnya tidak menyertai aktiviti subversif. 








Klik untuk baca soalan


5 a)
i. YB Wong mempamerkan nilai Berdikari. Beliau boleh dan sanggup melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain untukmelaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sempurna.Contohnya beliau berusaha sendiri mencari sumber kewangan bagi membina dewan


ii. YB Wong membamerkan nilai Hemah tinggi. Beliau beradap sopan dan berbudi pekerti mulia ketika melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sempurnaContohnya beliau terkenal dengan sikap peramah dan bermesra dengan semua lapisan rakyat.


5 b)

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya


5 c)

i. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
ii. Nilai kemapanan alam sekitar 






Klik untuk baca soalan
6 a)
i. Kita patut mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar.Kita patut prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya dengan menyahut slogan di atasContohnya melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai aktiviti pemburuan haram.
ii. Kita patut mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita patut memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem dengan berusaha memelihara hidupan liar di seluruh duniaContohnya tidak terlibat dalam urusan jual beli haiwan yang dilindungi kerajaan

6 b) 


Jabatan alam Sekitar mengadakan banyak kempen mendidik masyarakat dalam usaha mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Contohnya mengadakan Program Kesedaran Pemuliharaan Asia (ACAP)


6 c) 2 jenis hidupan liar yang yang diberi perlindungan di negara kita:

i. Harimau
ii. Orang utan 






Klik untuk baca soalan
7 a)
i. Jiran tetangga ingin diterapkan nilai kasih sayang. Merekadiharapkan ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati menerusi kempen budi bahasa budaya kita. contohnya sayang menyayangi dan bertegur sapa ketika berjumpa.


ii. Bangsa Malaysia ingin diterapkan nilai Hemah tinggi. Merekadiharapkan beradap sopan dan berbudi pekerti mulia menerusi kempen budi bahasa budaya kita. contohnya bertimbang rasa dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

7 b)
i - Saya akan berbudi bahasa dengan semua guru saya. Contohnya saya akan mengucap selamat kepada guru ketika bertemu dengan mereka. 


ii - Saya akan membantu rakan saya. Contohnya membimbing rakan yang kurang faham dalam sesuatu topik pelajaran. 






Klik untuk baca soalan
8 a)

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain


8 b)
i - Mengemas tempat tidur sendiri. Tanpa menunggu arahan, pelatih mengemas tempat tidur masing-masing sebaik bangun tidur sebelum meneruskan aktiviti latihan tanpa mengharapkan bantuan. 



ii - Membasuh pakaian sendiri. Tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pelatih telah membasuh pakaian masing-masing, menjemurnya dan akhirnya melipat pakaian mereka sendiri.
 
8 c) 
Pelatih Program Khidmat Negara mempamerkan nilai saling membantu dan bekerjasama. Mereka ada usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara ketika menyumbang tenaga membantu mangsa Tsunami.




Klik untuk baca soalan 
1. 
Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain untuk membenteras gejala negatifContohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain. Seterusnyamasyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar. Akhir sekali masyarakat perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia tidak dirampas oleh pendatang haram. 






Klik untuk baca soalan




3. 
Melalui pernyataan di atas, dapat dikesan majikan mengamalkan nilaimematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan dengan mematuhi Akta Kerja 1955Contohnya mewajibkan semua pekerja diberikan gaji yang setimpal dengan jawatan tanpa diskriminasi. Ini supaya majikan tidak dikenakan tindakan undang-undang. Seterusnya majikan mengamalkan nilai menghormati hak golongan kurang berupayaMajikan memberi layanan bersopan supaya pekerja cacat tidak berasa tersisih sebagai insan ciptaan Tuhan dengan cara memberi pengiktirafan kepada merekaContohnya majikan menyediakan kemudahan khas untuk memudahkan pergerakan pekerja cacat di tempat kerja. Ini supaya mereka selesa ketika bekerja. Akhir sekali majikan mengamalkan nilai melindungi hak pekerja. Mereka menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja dengan cara berkongsi keuntunganContohnya pekerja diberi bonus mengikut keuntungan yang diperolehi mengikut tahun kewangan tertentu. Ini supaya pekerja lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja dengan lebih tekun.






Klik untuk baca soalan
1 a)
i. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai amanah. Merekasepatutnya bersikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan pengguna ketika mengadakan jualan murahcontohnya peniaga tidak menipu pengguna. 

ii. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai melindungi hak pengguna.Mereka sepatutnya membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi ketika mengadakan jualan penghabisan stokContohnya mereka tidak menipu pengguna.




1 b)

i. Akta kawalan harga
ii. Akta timbang dan sukat









Klik untuk baca soalan
1 c)

i. Menguatkuasakan undang-undang terhadap aktiviti cetak rompak. Contohnya merampas video cetak rompak daripada penjual dan menghantar mereka ke muka pengadilan.

ii. Meneliti tarikh luput makanan dalam tin sebelum membelinya. Ini supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan peniaga. 

2 a)
i. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluargamengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluargaMerekamemuliakan, berinteraksi dan memberi layanan sopan untuk melahirkan keluarga harmonis dengan cara sentiasa berusaha menghindarkan konflik.


ii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluargamengamalkan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaanMerekamenerima dan menghormati adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun dengan cara mengamalkan amalan tradisi keluarga sebagai cara hidup.
 

iii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluargamengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluargaMereka ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan dengan cara mengamalkan budaya penyayang sebagai pegangan hidup berkeluarga. 




Klik untuk baca soalan
3 a)
i. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita sepatutnya prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya dengan cara melindungi laut dan sungai daripada pencemaran toksik.


ii. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita sepatutnya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem dengan cara memelihara keaslian bumi.
3 b)

i. pencemaran aalam sekitar
ii. kepupusan flora dan fauna
iii. kesihatan manusia terjejas


3 c)

i. kitar semula untuk mengelakkan pembaziran sumber alam.
ii. Tidak melakukan pembakaran terbuka
iii. Melapor kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada penerokaan hutan secara haram.

0 comments:

Post a Comment