Nilai 6: Toleransi

Posted by Ketua Panitia Pendidikan Moral SMK SYP1 2010/2011

NILAI 6: TOLERANSI

Objekjtif pembelajaran:

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar diharapkan dapat:
i.  mengetahui dan menghayati nilai toleransi
ii. mengamalkan nilai toleransi dalam kehidupan seharian
______________________________________________________________________________________________



Maksud Nilai Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan 
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

 KK1 : bertolak ansur                          
 KK2 : sabar                        
 KK3 : mengawal diri 



Toleransi menjamin kesejahteraan masyarakat dengan menerima 
dasar kerajaan dan menyokong merealisasikannya. 
Antara dasar-dasar kerajaan adalah:

i)   Dasar Pembangunan Nasional
    - Matlamat : membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
    - Dilaksanakan oleh DEB dan DPN. 
cara:  
 a)  pengagihan kekayaan negara secara adil 
 b)  perhatian khas kepada melahirkan masyarakat perdagangan perindustrian
 c) memperluas infrastruktur



ii)  Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
    - Tujuan : mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum
      dan merapatkan jurang kemiskinan.
    - Cara:  
(a)  menyedia dan mempertingkat kemudahan asas di bandar 
dan luar bandar
(b)  memberi peluang ekonomi yang banyak di kawasan mundur / 
kurang membangun.



iii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
    - Tujuan : mewujudkan perpaduan, jiwa kebangsaan serta 
       mempertingkat kualiti hidup seimbang.
    - Cara:  
(a)  menerima hakikat kepelbagaian budaya 
(b)  mengadakan Rumah Terbuka di Hari Perayaan  
(c)  terlibat dalam aktiviti peringkat kebangsaan seperti
 Hari Kemerdekaan dan Citrawarna.


Kepentingan / Kebaikan Nilai Toleransi
mengelakkan perselisihan faham antara kaum
- menjami keharmornian hidup bermasyarakat.
- menjamin hubungan baik antara kaum.



Kesan / Implikasi Negatif Jika Tiada Toleransi
timbulnya perselisihan faham antara kaum
- wujudnya prasangkan dalam setiap kaum
- keharmornian akan terjejas
- menjejaskan pembangunan negara



Aktiviti Yang Dapat Meningkatkan Toleransi
Sukan / RIMUP / Kokurikulum
- Kebudayaan
- Jamuan / perayaan

0 comments:

Post a Comment