Format Kertas Pendidikan Moral SPM

Posted by Ketua Panitia Pendidikan Moral SMK SYP1 2010/2011

NAMA KERTAS : PENDIDIKAN MORAL
KOD KERTAS : 1225/1
MASA : 2 JAM 30 MINIT


Bentuk Penyoalan
80 markah = 8 x 10 markah (8 soalan struktur - wajib jawab semua soalan)
20 markah = 2 x 20 markah (3 soalan esei - wajib jawab 2 soalan)

Pengurusan masa (150 minit)
Soalan Struktur: Gunakan 11/12 minit untuk setiap soalan = 100 minit
soalan esei : Gunakan 20 minit untuk setiap soalan = 40 minit
Baki 10 minit boleh digunakan untuk menyemak jawapan atau untuk menawab soalan-soalan yang agak sukar

Bentuk Penyoalan

Bahagian A: Soalan Struktur

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah:
o nilai, definisi nilai, penjelasan nilai
o akta, dasar, tokoh, organisasi, badan kerajaan, perjanjian/konsep
o isu semasa (isu, punca, kesan, cara mengatasi)

Bagi menjawab soalan di atas, pelajar mesti hafal nilai, definisi/kata kunci nilai, dan penjelasan nilai.
Contoh penyoalan:
o Nyatakan nilai/tokoh/kesan/organisasi/konsep/dasar/punca dll …………….
o Berikan maksud nilai …………….
o Berikan definisi nilai ……………..
o Huraikan nilai/kesan/punca.akibat dll………….
o Jelaskan nilai/kesan/akibat/punca dll……………
o Terangkan nilai/kesan/akibat/punca dll……………

Bahagian B: Soalan Esei

Soalan-soalan yang akan ditanyakan ialah huraian nilai berdasarkan:
isu
situasi
ilustrasi
petikan akhbar
puisi
dsb

0 comments:

Post a Comment