NILAI 6: TOLERANSI
Objekjtif pembelajaran:
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar diharapkan dapat:
i. mengetahui dan menghayati nilai toleransi
ii. mengamalkan nilai toleransi dalam kehidupan seharian
______________________________________________________________________________________________
Maksud Nilai Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
KK1 : bertolak ansur
KK2 : sabar
KK3 : mengawal diri
Toleransi menjamin kesejahteraan masyarakat dengan menerima
dasar kerajaan dan menyokong merealisasikannya.
Antara dasar-dasar kerajaan adalah:
i) Dasar Pembangunan Nasional
- Matlamat : membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
- Dilaksanakan oleh DEB dan DPN.
cara:
a) pengagihan kekayaan negara secara adil
b) perhatian khas kepada melahirkan masyarakat perdagangan perindustrian
c) memperluas infrastruktur
ii) Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
- Tujuan : mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum
dan merapatkan jurang kemiskinan.
- Cara:
(a) menyedia dan mempertingkat kemudahan asas di bandar
dan luar bandar
(b) memberi peluang ekonomi yang banyak di kawasan mundur /
kurang membangun.
iii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
- Tujuan : mewujudkan perpaduan, jiwa kebangsaan serta
mempertingkat kualiti hidup seimbang.
- Cara:
(a) menerima hakikat kepelbagaian budaya
(b) mengadakan Rumah Terbuka di Hari Perayaan
(c) terlibat dalam aktiviti peringkat kebangsaan seperti
Hari Kemerdekaan dan Citrawarna.
Kepentingan / Kebaikan Nilai Toleransi
- mengelakkan perselisihan faham antara kaum
- menjami keharmornian hidup bermasyarakat.
- menjamin hubungan baik antara kaum.
Kesan / Implikasi Negatif Jika Tiada Toleransi
- timbulnya perselisihan faham antara kaum
- wujudnya prasangkan dalam setiap kaum
- keharmornian akan terjejas
- menjejaskan pembangunan negara
Aktiviti Yang Dapat Meningkatkan Toleransi
- Sukan / RIMUP / Kokurikulum
- Kebudayaan
- Jamuan / perayaan
0 comments:
Post a Comment